Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”

by -131 Views

Antara kes tragis:

+ Seorang kontraktor ubahsuai bangunan yang tidak pulang ke rumah selepas melakukan kerja pengubahsuaian di sebuah kilang pemasangan kereta, ditemui mati dalam keretanya di Jalan Segambut. Beliau ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan darah pada hidung di kawasan parkir di hadapan kilang oleh kakitangan Nissan Tan Chong Motor. Anak mangsa, memberitahu polis, seorang pekerja yang menemui mayat bapanya menghubunginya memaklumkan kejadian itu.

+ Seorang wanita berusia 50-an ditemui mati di dalam keretanya di tempat letak kereta sebuah pusat kesihatan di Gunung Rapat, Ipoh. Mayat wanita itu ditemui di dalam kenderaan jenis Perodua Kembara kira-kira jam 1.30 petang oleh orang awam yang melalui kawasan itu.
Ketika ditemui, mangsa tidak sedarkan diri dengan enjin kenderaan sudah dimatikan. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat Ainon dalam keadaan tersandar di tempat duduk kerusi pemandu dengan kesan kebiru-biruan di beberapa bahagian badan tanpa menemui sebarang senjata.

+ Empat sekeluarga yang ditemui mati dalam kereta di sebuah ladang kelapa sawit kira-kira empat kilometer dari Kota Tinggi.

+ Seorang pemuda ditemui mati di dalam kereta dipercayai akibat asap yang disalurkan ke dalam kereta berkenaan di Ulu Temiang, Seremban. Mangsa ditemui mati oleh penduduk kampung berhampiran yang melalui jalan itu. Menurut kenyataan polis, setiba di tempat kejadian mendapati enjin kereta masih hidup dan mangsa dipercayai menyalurkan asap dari ekzos keretanya ke dalam melalui getah paip.

+ Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel dipercayai lemas kerana terhidu gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di garaj sebuah pusat mencuci kenderaan di Seksyen 17, Shah Alam. Mayat pasangan itu ditemui seorang rakan mereka yang menetap di kontena berdekatan pusat mencuci kenderaan, dalam keadaan enjin dan penghawa dingin kereta terpasang, kira-kira jam 9 pagi dan diklasifikasikan secara mati mengejut.

+ Seorang budak lelaki berusia empat tahun dijumpai mati dalam kereta selepas dia ditinggalkan oleh bapanya, yang tidak menyedari anak bongsunya tertidur dalam kenderaan berkenaan. Bapanya, dikatakan tidak menyedari anaknya tidur dalam kereta itu. Selepas lebih dua jam, lelaki berusia 37 tahun itu kembali ke keretanya dan terkejut menjumpai anaknya tidak sedarkan diri.

Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency. Safety first yosh!

Mohon share kepada orang tersayang…

Sumber : Eviral.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *