Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”

by -129 Views

Gas karbon monoksida berbahaya kerana ia boleh kekal dalam sistem darah tubuh. Semakin banyak gas ini disedut maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah manusia. Ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia menyebabkan kekurangan kandungan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang akan membawa kepada kesan anggota badan khususnya sistem saraf dan otak yang mana pada tahap tertentu boleh membawa menyebabkan koma dan seterusnya maut.

Persoalannya, bagaimana gas monoksida ini boleh disedut tanpa disedari?

Ada beberapa faktor menyebabkan kejadian itu berlaku. Sebab utama paling nyata ialah berlaku kebocoran aliran udara luar ke bahagian dalam kenderaan.

Misalnya, kebocoran itu mungkin disebabkan ada lubang bawah kereta, pintu yang tidak rapat terutama bonet belakang, lubang brek tangan dan beberapa faktor lain.

Insiden ini biasa berlaku ketika enjin kereta dibiarkan hidup berterusan ketika berhenti rehat menyebabkan gas karbon monoksida yang terhasil ketika pembakaran, meresap masuk ke dalam kereta.

Bagaimanapun jika keracunan itu berlaku ketika sistem pendingin hawa dihidupkan, kemungkinan besar ada campuran gas karbon monoksida dalam aliran udara luar yang masuk melalui sistem pengudaraan kereta. Saluran aliran udara luar sepatutnya tertutup, sekiranya pengguna memilih menggunakan kitaran udara dalaman tanpa membabitkan udara luar.

Risiko tersedut karbon monoksida adalah rendah bagi kenderaan kedap dari udara luar. Bagaimanapun, siapa yang dapat pastikan kenderaan mereka betul-betul kedap. Kenderaan baru juga kadangkala ada ‘kebocoran’ tetapi dikhuatiri kita tidak perasan mengenainya.

Tempat Parkir Boleh Ancam Nyawa
Kenapa ??

Next >>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *