Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”

by -128 Views

Banyak kes kematian dilaporkan akibat terhidu gas monoksida. Di Malaysia misalnya, ‘amalan’ pemandu singgah di pusat Rehat dan Rawat (R&R) selepas kepenatan atau mengantuk selepas memandu jauh, lalu berehat di dalam kereta dengan enjin terpasang, kemudian tertidur, sudah kerap kedengaran.

Ada kes individu menunggu seseorang di dalam kereta kemudian tertidur. Tidak kurang ada yang tinggalkan anak di dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin dipasang untuk melakukan sesuatu urusan. Tindakan itu tidak bijak dan mengundang bahaya. Paling mengecewakan, ramai yang tidak tahu wujud risiko bakal menunggu jika terlalu lama di dalam kenderaan.

Bagaimanakah kenderaan yang dianggap sebagai pelindung, sebaliknya mampu menjadi perangkap maut?

Seseorang tidak tahu bila akan ‘merasa mengantuk dan mula tertidur’ di dalam kereta dan dalam keadaan itu karbon monoksida mungkin sudah memenuhi paru-paru menyebabkan lemas.

Perlu diketahui, gas karbon monoksida terhasil akibat pembakaran bahan api seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya dilepaskan melalui ekzos kenderaan dan masuk ke dalam bahagian kenderaan melalui kebocoran di bahagian tertentu seperti tingkap, bonet dan sebagainya.

Enjin kereta yang baru diselenggara, biasanya mempunyai tahap kesempurnaan pembakaran tinggi berbanding dengan enjin kereta jarang diselenggara.

Ia bukanlah disebabkan oleh sistem pendingin hawa. Sistem itu hanya bertindak sebagai pengalir haba dan menyejukkan ruang dalam kereta dan bukannya membekalkan karbon monoksida.

Next >>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *